RSS

Dea is 7 years old!!!

Happy Birthday Dea. Semoga jadi anak yang solehah, dikurniakan kesihatan dan rezeki melimpah dari Allah. Ibu, ayah & adik Iman sayang sama Dea. muahh muaah...

Dah habis standard 1, baru dia cukup 7 tahun. Nasib la beranak ujung tahun kan... besday party on hold sampai kenduri naik rumah nanti.. boleh nenek, tok ma, atuks dan makcik2 semua join sekali..

To Dea: EppppYYYYYYBessssDaaayyy!

H-O-L-I-D-A-Y

School holiday! Yeaahhh.. Dea dah habis standard 1. wow weee.. Kena cari aktiviti utk Dea & Iman cuti sekolah ni. Aku plan nak hantar depa semula ke kelas mengaji dulu. Dan stock up workbook utk Dea buat revision for Standard 1. Takkan hari2 nak tengok tv aje.

Pasal rumah, finally after a series of 'drama swasta'.. grille dah install, kami terpaksa cari org lain utk pasang ..cilakak si pembuat grille tu main lambak aje grille kat rumah...found out masa balik kerja. pengecut dan takleh harap punya manusia. Well, cukup2 la aku maki dia.. dalam hati dan kat mulut.. since dosa kering bertambah, let's end it today.. Last but not least... "Bangsat la lu mat!!!!" ok, enough said.

As a tradition for school holiday, we all check in kat Penang..kasi budak2 berendam dalam pool. Cool!!, sampai takmau naik. nasib baik keadaan tak mengizinkan...aku cuma mampu nengok aje la. Tapi aku boleh amik gambar anak2 aku...

OK. tarak idea ..chio!!!!

Good Luck and counting..

First sekalik, all the best utk adik bongsu aku .Malam tadi dia sms bagitau 'cuak gilak' nak start first paper. Hari ni start SPM. teringat zaman aku amik SPM dulu, tido tak lena, makan tak lalu dibuatnya. Pernah 2-3 kali mak aku bukak pintu bilik nak kejut pergi sekolah, aku tertido kat meja study sambil tangan 'tatap' pegang pen. Fuh! cemerlang, gemilang, terbilang betul aku dulu..hihiihi. Tapi budak pompuan tak sama dgn budak laki. Susah nak cari budak laki yg 24jam memerap dalam bilik study. Yang stado (tido) ramai la. Aku dulu jenih memerap, sampai masak nasik pun tak tau. Lepas kawin, nak masak utk laki mula la gelabah. padan muka aku. So, Big Bro!! Good Luck. Semoga diberi ketenangan dan keterangan hati. Amin...

Nota kaki:(mana yg ko tak tau jawab tu, ko bantai je citer pasal motor-baru-yang-abah-beli-utk-ko-tu..(jeles aku). AKu dulu nak mintak beskal pun abah bolayan tau!!! Nasib ko la anak bongsu, anak laki tunggal lak tu. ...huh!)

Esok Dea last day at Standard 1. Alhamdulillah, habis jugak Dea darjah 1 and I am happy for her that she survived the first year of primary school. Rasa tak percaya tahun depan Dea dah darjah 2. Cepat sungguh masa berlalu kan. Kenapa aku rasa anak aku tu masih kecik eh? Tua lagi aku 1 thn. Alhamdulillah.


New love nest

Alhamdulillah..
Mission accomplished. Ahad lepas dah selamat pindah rumah. Walaupun langsir dan grill (shilakak punya worang!) belum siap. Fuh! kalau tanya nak pindah lagi ke tak, tobatla jawapannya sekarang takmo dah! penat rasa nak patah pinggang. kaki, betis lenguh duk turun naik tangga. Rumah baru yg aku puja-puja sebab kelihatan amat cantik lepas kena cat, nampaknya dah jadi tongkang pecah. Pegang kotak ni tak kena, pegang kotak tu tak kena. Sudahnya aku tongkat dagu,blur tgk rumah penuh dengan kotak. Nasib baik la ada sahabat handai yg tolong bagi idea dan tolong kemas barang masuk dalam kabinet dapur. Jotaan terima kasih utk Kak Sara & Abg iffil, Rena & Jeff, Yati & Abg Koei,Suzi & Abg  Nit yg bagi sokongan fizikal dan mental. Tak lupa nasik daging yg lazat utk mini house warming dari Jeff & Rena. Opps, lupa... dan askar2 yg memeriahkan majlis .. tapi kopi-kopi session tu, menghilangkan rasa penat. release kejap tension.

Hari ni hari ke 6 kat rumah baru. Jiran2 keliling tu bila la nak pindah masuk. Aku jadi tok penghulu kat situ. sorang!. bila malam senyap sunyi. takut ada, risau ada. tapi tido kompom lena punya. Hahahhaha. Esok Weekend lagi, kena kerja keras lagi. Curtain bilik kena gantung weekend ni. naik seram aku memandang tingkap tapi nampak isi perut rumah sebelah yg belum ada owner..eeei, ngeri. aku ni penakut orangnya.

almost there!

entry blog ni until end of year akan citer pasal rumah aje. memang aku takde aktiviti lain dalam hidup aku selain kerja on weekdays dan duduk belek rumah baru on weekend. Last weekend, contractor dah setel pasang semua lampu dan kipas.. dan touch up sikit2 mana yg comot tu.. tapi masih ada lagi yg dia kena buat.. tak buat betul2 aku tak bayor wokeh!

langsir dah tempah, grille otw. grille tinggal sliding door je tapi mak aiii lembab ala ala sembelit nak bagi siap. maleh aku nak citer kat sini, kang bertambah dosa aku... tapi memang bengong+bogok+tongong la mamat grille tu. oopss..lupa pasal kitchen cab. dah siap dah 100% .. hood & hob pun dah pasang. lega setel part tu. Hari ni kena la pi bayor. berkurang lagi la duit saving. takpelah, adatlah tu kan. lainla kalau aku ni jotawan, keluar seribu dua mcm seposen aje..overall, rumah tu dah 90% siap. semalam MrHubby dah install wardrobe kat master bedroom. plan next weekend nak angkut barang2 bilik budak2 pulak. sikit2 tak la terasa penat sangat...

wokeh,sambung kerja.. gambo takyah la eh.. dah setel semua esok aku upload.. hehehhe

Cerita weekend

Hari Sabtu, basuh rumah. terlalu memenatkan sampai takleh berkata2. Hujung hari tu dah pakai bahasa isyarat je dgn mrHubby dan anak2 sebab nak bukak mulut pun tak larat. Fuh! biarpun rasa letih, tapi berbunga2 hati aku tengok rumah dah bersih. sebelum tu debu dan habuk setebal 2 inci kot..

Hari Ahad,mula cat rumah. Kami cat dapur dulu sebab kitchen cabinet dah siap and ready for installation. Cat rumah pun seronot juga, tak sepenat basuh rumah... So far, bilik Dea dan Iman dan setel. Weekend ni boleh proceed ke bilik kami pulak..

Banyak benda belum setel lagi. Pintu bilik semua aku nak tukar. Hodoh pulak aku tengok pintu plywood gitu. Insya Allah, kalau jadi nak tukar kaler putih ler.. umah aku mostly kaler putih, nampak luas dan terang.. Plan nak pindah before raya haji ni.Kalau boleh biarlah raya haji kat rumah baru. Rasanya raya haji nanti duit saving tinggal sekupang je . Spending all out. Baru aku tau feel masuk umah sendiri macam mana. Tapi rasa tak percaya pulak,.. sedih pun ada nak keluar dari rumah sewa sekrg. Tinggal sebulan lebih aje aku duduk rumah tu...

Esok contractor kitchen cabinet nak install KC. cemana la agaknya rupa KC tu. KC ni budget terbesar umah aku since aku takde extend apa2 rumah ni. Kami suka tanah yg sekangkang kera tu..boleh tanam2 sayur.. boleh letak meja kopi utk lepak2... kalau besar sgt rumah aje pengsan pulak aku nak menten. Kalau aku bela bibik takpelah. Tu kain kat rumah ada 4 bakul tak berlipat. Mana nak sempat asik mengecat rumah baru je kan!



1 syawal



ba wau sin alif nun

aku tau jam tu adalah normal pergerakan dia. tapi kenapa aku jaki sgt tengok dia berdetik saat demi saat? awat hang lambat sgt wahai jam?

Cerita Raya

Raya dah.. balik kampung pun dah. Poket pun dah nyawa-nyawa ikan. Tapi syukur, aku tak rasa pembaziran lepas raya sebab kesederhanaan dalam menyambut Syawal. Tahun sudah2, lepas raya, aku mesti rasa membazir dan baru nampak benda2 yg tak patut 'beli' sebagai preparation raya.. Tapi tahun ni alhamdulillah.. perasaan tu dah takde lagi.

Cerita raya tahun ni biasa2 aje..sama dengan tahun lepas.. perjalanan balik kampung, biarpun mata rasa takleh nak celik (dan aku bantai tido sepanjang jalan dek penangan ubat selsema dan batuk..) yeah! aku selsema, batuk dan pening pale 2-3 hari before raya.. Rasanya tak cukup tido dan memang sepjg Ramadhan thn ni aku memang asik tido lewat aje..dan rasa takmo tido time malam. Hebatnya Ramadhan! Sampai umah mak mentua, dah pukul 5 pagi. Sempatlah bersahur buat kali terakhir thn ni. Dapat jugak berbuka on the last of Ramadhan kat rumah mak.. Malam raya main mercun dan bunga api. Mercun bukan cikai punya, tinggi budak 4 thn wooo..bergegar seluruh kg.. rasa seronot dalam takut. aku seram sikit bab2 bakar mercun ni. Mercun belum terbakar aku dah cabut dulu. Tapi dalam seronok2 tu.. teringat jugak kampung halaman sendiri. teringat jugak preparation raya oleh family aku. tapi adatla org dah kawin dan ada laki kan. kena la ikut giliran. Insya Allah, tahun depan giliran raya pertama umah aku pulak..

Penghujung minggu raya, MrHubby punya schedule utk travel last minute tukar ke hari Sabtu.Nak tak nak, kena la gerak balik ke Kulim hari Jumaat. Kebetulan, family aku buat makan2 raya. So, lepas selesai majlis, aku bertolak balik ke Kulim.. sampai Kulim kul 4 pagi...terus tido dan bngkit esoknya kul 11..terus kemas beg MrHubby dan hantar dia ke airport. Tak beshnya rasa raya macam ni. Boring yg amat takde geng nak bersembang. Nasib baik seminggu aje dia pergi...


28 Ramadhan

Akhirnya Ramadhan akan meninggalkan kita. Esok adalah hari terakhir kita berpuasa..
Semoga kita berjumpa lagi bulan penuh berkat tahun depan..

Hari ni dah ramai yang start cuti. Pagi tadi masa aku keluar nak pi kerja, dengan penuh jeles dan
jaki aku tengok neighbour aku siap2 nak balik kampung. Depa sibuk usung beg baju masuk keter, aku
lak usung beg laptop utk ke opis.. huhuhu..sayuuuuu.... takpe, takpe..malam ni lepas kerja aku akan
gerak balik ke Johor..

Jam kat opis sungguh lambat rasanya bergerak. Torture gila!! Semalam buat kerja gila ke Penang cari
kasut raya Iman. Mula2 aku yg takmo beli kasut depa yg yg lama masih elok, last2 sian pulak aku
tengok anak2 aku raya ngan kasut lama. Budak2 kena meriah sikit, barula raya tu ada makna bagi depa.
Kita yang dah tua ni, duk diam2 dah la...standby aje duit yg tak seberapa tu ..

Dikesempatan ni aku nak ucapkan Selamat meraikan hari kemenangan kita mengekang hawa nafsu selama
sebulan. Semoga segala kebaikan yg kita buat dalam bulan Ramadhan diamalkan di bulan2 yang lain
jugak.. Pada yg nak balik kampung, berhati2 di jalan raya. Semoga selamat tiba ke destinasi yg
dituju.

Salam Aidilfitri..maafkan segala salah dan silap ... Kita jumpa lagi lepas raya.. Aku cuti
seminggu..Yahoooooooooooooo!!!

oOOooo Ooo balik kampung.. OOooo Oooo balik kampung.. OOo ooo oo balik kampung..hati girangggggggg

Ayuh!


Mencari LailatulQadar

Beberapa Info Berguna  Berkenaan Malam Al-Qadar 

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT :

Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan"  (Al-Qadr : 2) .

Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain.  Disebutkan di dalam sebuah hadith :-

Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )

Sebuah lagi hadis menyebut :- 

انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها

Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره

Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Waktunya

 

Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.

Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih.

Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.

Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah Negara adalah berlainan. Di Negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?.

Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.

Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.

Hadith Nabi menyebut:-

التمسوها في العشر الأواخر من رمضان

Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bagaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu JIKA negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan Malaysia atau Saudi ?. Hal ini sukar diputuskan oleh para Ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya. Wallahu alam.

 

Tarikhnya Berubah atau Tetap Setiap Tahun?

Sebahagian ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450).

Selain dari itu, berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-

أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر

Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)

Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamany di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerana beliau telah melihat tandanya dan yakin tarikh itu tidak berubah pada tahun-tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya, sebagaimana dalil hadith yang menyebut:-

ليلة القدر ليلة سبع وعشرين

Ertinya : "Malam al-Qadar dalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )

Doa Terpenting Semasa Lailatul Qadar

Allah s.w.t pernah menegur manusia yang lupa doa untuk akhirat mereka di masa puncak kemakbulan doa. Anataranya seperti hari Arafah, sebagaimana dinyatakan dalam firmanNya :-

فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ

Ertinya : Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat ( Al-Baqarah : 200 )

Jelas dalam ayat ini Allah s.w.t menegur manusia yang lupakan kebaikan akhiratnya.

Lalu Allah s.w.t mewartakan bentuk doa yang sepatutnya, iaitu yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat..dan dilebihkan 'portion' atau bahagian akhirat apabila di tambah "selamatkan dari api neraka". Beerti doa untuk bahagian akhirat perlu lebih dari dunia.

Lihat doa yang diingini Allah s.w.t :-

وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Ertinya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" ( Al-Baqarah : 201 )

Di malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah s.w.t. Inilah yang disebut dalam jawapan nabi s.a.w kepada Aisyah r.a :-

وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني

Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"

Mestikah Mendapat Tanda ?

Sabda Nabi SAW :

من يقم ليلة القدر فيوافقها..

Ertinya : Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya..." ( Riwayat Muslim)

Hadiith ini menyebabkan setengah ulama mengatakan bahawa setiap individu yang mendapat keberkatan malam al-qadar mestilah mengetahui berdasarkan hadith di atas.

Bagaimanapun, pandangan yang lebih tepat adalah seseorang individu itu mampu mendapat kebaikannya, samada ia mengetahuinya atau tidak mengetahuinya, tanpa menafikan bahawa sesetengah individu diberi rezeki  dan kelebihan oleh Allah untuk mengetahuinya melalui pelbagai cara termasuk mimpi, tanda menarik dan mungkin pelik dan sebagainya.

Tidak perlulah untuk solat malam di tepi pokok atau di hadapan baldi air, kerana ingin memastikan waktu pokok sujud atau air menjadi beku. Allah akan memberikan tandanya menurut kehendakNya.

Masa Berkat Berpanjangan atau Hanya Beberapa Saat?

Saya masih ingat, semasa saya berada di zaman kanak-kanak, tersebar info kepada kebanyakkan saya dan rakan-rakan ketika itu adalah :

waktu maqbul dan berkat ini beberapa saat sahaja. Jika terlepas maka saatnya rugilah sepanjang hayat.

Rupanya, ia hanya rekaan para pereka cipta sahaja yang tidak diketahui tujuan mereka. Hakikatnya, waktu berkat lagi makbul ini adalah luas sepanjang malam, ia telah disebutkan oleh Allah dengan jelas iaitu :-

سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

Ertinya : Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar ( Al-Qadr : 5 )

 

Inilah yang diterangkan oleh Imam Al-Qurtubi di dalam kitabnya. (Al-Jami' Li  Ahkam al-Quran, 20/134 )

Wanita Haid Terhalang Dari Berkatnya ?

Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-

·       1) Berzikir
·       2) Berdoa
·       3) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
·       4) Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.

Sebahagian ulama silam dan moden seperti Syeikh Prof. Dr Muhammad Abu Laylah ( Prof Syariah di Univ Al-Azhar) berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya  (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf. Saya tidak ingin membincangkannya di sini. Sekadar memberikan idea dan keterbukaan di kalangan para ulama.

Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut.

sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

20 Ramadhan 1428 H

2 Oktober 2007


20 Ramadan 1430

Diam tak diam kita dah masuk 3rd phase of Ramadhan. Time flies!! Tak lama lagi Ramadhan akan berlalu .. Entahkan ada lagi kesempatan kita untuk mengecapi Ramadhan yg akan datang.. entah-entah ni Ramadhan terakhir untuk kita.. Berbeza dengan zaman budak2 dulu... dulu rasa seronok sebab bulan pose dah nak habih..buleh raya..buleh makan di siang hari..hari2 dok test baju dan kasut raya ..tak sabor beb!!!..
tapi sekarang, sejak usia makin meningkat ( tua la dalam erti kata lain..hihihi), aku akan rasa sedih tiap kali meninggalkan Ramadhan. sedih takut tak jumpa lagi Ramadhan ..sedih mengenangkan amal ibadat aku sepanjang Ramadhan...sibuk sangat dengan urusan dunia, dan aku tak fully utilise keberkatan Ramadhan.. Aku selalu berdoa semoga Allah memanjangkan umur untuk berada lagi dalam Ramadhan, bulan penuh berkah!
Persiapan raya tahun ni ala kadar.. memang aku dah janji dengan diri aku , aku takmo membazir dan ikut nafsu mcm tahun2 yg lepas.. Baju raya banyak2 bukan bleh pakai sekaligus.. badan satu jek.. dan Alhamdulillah, setakat ni aku berjaya. Kuih dan kek raya aku order untuk buah tangan org kampung.. takdelah balik tangan kosong kan...
Selamat menjalani ibadah puasa.. Gunakan peluang 10 Ramadhan terakhir ni..semoga kita berjumpa LailatulQadar.. insya Allah..

Derma

Ada sapa yang tau kat mana nak derma baju2 terpakai kat Kulim ni? Hari tu nampak ada kaunter kat Giant, tapi tadi kami pi dah takde kaunter tu. Baju2 banyak yg masih elok, takkan nak buang kan, kufur nikmat pulak rasanya.. Kalau sapa2 ada info, tinggalla comment ye kat entry ni..

Mission accomplished

Phewww...last wiken dah dah setted beli baju raya MrHubby, anak2 dan aku. Beli je yg murah2...janji cantik di mata kan.. Baju kurung/baju melayu utk Dea/Iman pakai tahun lepas punya jek.. takyah membazir, tobat kalau beli lagi, pakainya sekali je. time raya.. tahun ni aku rasa aku berjaya mengekang nafsu dengan serba sederhana. Beli baju ka, jeans ka.. kasut ka semua yg boleh pakai pergi kerja lepas raya.(semua aku dah pakai ke opis hari ni..hahahhahahah).. tidak ler terperuk je dalam lemari, buat semak je lemari aku yg hampir reban tu.

2 thn lepas a.k.a 2 kali raya aku memang lepas geram prepare baju raya.. ngalahkan budak2.. sampai tak terpakai , sampai membawak ke raya haji...dan semua pesen2 glamer...last2 dok diam2 dalam lemari..tempah jahit bukan main mahal..manik bagi..lace toksah cerita la..takkan nak pakai gitu ke opis ye tak? so, thn ni baju kurung biasa je.. takde pasal aku nak beli hak lengan kembung2 tu.. mcm tiang khemah kenduri kawin je..tapi tengok or pakai cantik.. but really not me...hehehe... tak baik ngutuk bulan2 pose ni kan?

Kuih raya pun ada la order ..tu pun 2 jenis je... kek 1 jenis. cukup la..utk org kg. Aku mmg tak pernah raya kat Kulim, sapa nak datang rumah kami kan.., naik cuti raya semua dah mula kerja.. Lepas raya ni looking fwd nak pindah rumah. yu huuuuuuu!


9 years..


Today is our anniversary.. and I'm deeply in love with MrHubby still! Alhamdulillah... semoga Allah memanjangkan jodoh hingga ke hujung nyawa... Semoga aku jadi isteri yg solehah dan semoga MrHubby jadi suami yg soleh.. Terima kasih sebab banyak bersabar ... you're my soulmate, my dishwasher..my washing machine, my mesin lipat kain, my cook, my chawanmushi maker, my love and you're my everything.. Love you B!!! muaahhhh..


Aku beli ice cream cake otw balik kerja semalam... sedap sgt and Iman love it!

p/s: I want 35mm nikon lense.....in case you have no idea what to buy as an anniversary gift..theehehhe

11 Ramadan


Bulan pose tak sah kalau tak citer pasal makan kan? balik kerja aku masak yg simple2 je utk berbuka. Janji kenyang... Plan asal nak buat masak lomak cili api ayam, sampai rumah santan lak takdo.. kena execute plan B lak nampaknya. Since MrHubby suka makan kari, aku masak kari ayam dan sup ayam utk anak2.. sayur beli je kat cafe opis baru RM1.50. hihihi..

Menu for 10 Ramadan


Shawl for sale RM15


aku nak let go 3 lai shawl/selendang panjang.. ni custom made...aku beli kain dan upah jahit tepi.. since semeter setengah kain boleh dapat 2 selendang, so aku nak let go la yg lain... sapa2 nak beli, contact aku..price RM15 Nett!!! material : chiffon kecuali yg B tu.. aku tak tau material dia apa...tapi senang dibentuk.

Perfect practise makes perfect

Tahun ni, Dea dah belajar puasa...tapi start hari ke 6 la.. lepas aku saiko dia.." sape tak pose, takleh raya..takleh balik kg..takleh main firework.." ..Alhamdulillah..walaupun tak penuh satu hari... tapi aku tengok dia ok... lawak jugak tengok dia pegang coklat dari tengahari sampai petang....sebab nak makan, aku ckp "puasa takleh makan"... hari pertama Dea puasa..dari lepas breakfast sampai kul 7.. semalam dari breakfast sampai kul 6.. tu pun sebab semalam aku pergi Penang, beli barang sikit so dia keletihan berjalan.....

Iman hari ni mula pose since bangun tido...tak makan, tak minum... sian tengok budak2 tu baring aje depan tv menahan lapar...

DIY


aku geram tengok kain2 cotton yg canthek2 kat Kamdar, aku 'ter'paksa beli utk sepasang baju.. Hahahha..dan aku berjaya siapkan baju kurung pesak gantung dalam masa 3 hari... yey yey... raya thn ni aku memang dah berazam tak mo buat baju raya. Sebabnya baju2 thn2 lepas byk lagi masih elok. ada yg baru je pakai sekali, time raya... buat apa membazir.... not everyday is a Sunday okeh! baju kurung cotton ni, aku memang nak pakai pi kerja... sebab very the simple dan sweet ...aku suka menda2 yg simple... dan aku suka benda2 klasik.... bagi aku baju kurung cotton adalah klasik.. it reminds me of my childhood...


Since aku takde attend mana2 kelas menjahit, jadik senget benget jahitan tu adalah satu expectation yeh.. sapa2 yg rasa nak tempah aku..bolehlah berbuat demikian.. .tempah tahun ni boleh pakai tahun 2012.


Next project.... sofa cover utk rumah baru..yah bebeh!!!

Marhaban Ya Ramadhan


Late entry lagi..


Alhamdulillah, Allah memanjangkan umur kita untuk berada dalam Ramadhan tahun ni. Semoga Ramadhan kali ini, lebih baik dari tahun2 sebelumnya. Aku sambut puasa kat kampung di Pahang, walaupun sekejap je balik, tapi cukup bermakna untuk aku..dapat bukak pose dan sahur dengan family..


Sempena Ramadhan, aku nak mintak ampun dan maaf atas segala salah dan silap... Sesungguhnya yg baik dari Allah, yang buruk dari diri aku sendiri..

takde tajuk

Office aku dah mula distribute face mask pada semua employee.. Hidup kat opis pun dalam ketakutan, even nak tekan lif pun aku seram... gamaknya kena tekan pakai kaki baru la selamat kot. heheheh. Malam ni aki anak beranak akan balik Johor, sebab konvo adik ipar aku kat UTM. Fuh, bimbang nak bawak anak2 ke tmpt yg sesak mcm tu musim2 selsema khinzir ni... aku berserah pada Allah, lindungi kami anak-beranak dari sebarang musibah.. niat yg baik hendaknya biarlah diberi ganjaran yg baik.
Tak sabar nak habiskan hari ni..

Doa

Anak2 aku start pakai mask ke sekolah hari ni. Sekolah dan nursery distributed a memo regarding H1N1 outbreak. Hati aku kecut sangat bila memikirkan risiko ke atas anak2 aku kat dunia luar sana. Aku dah cuba yang terbaik utk make sure anak2 aku selamat, selebihnya aku serahkan pada Allah yang maha berkuasa.. Kita manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segala2 tentang hidup kita. To those reading my blog, aku harap kita dapat amalkan doa ni semoga seluruh rakyat Malaysia dilindungi Allah, dan semoga ujian yang kita terima sekarang cepat2 berlalu.. Semoga Allah ampunkan dosa2 kita

"Yang baik dari Allah, yang buruk dari tangan2 manusia sendiri...."

Babi itu haram

H1N1 makin teruk. Aku tak pasti la momokan media atau pun betul2 serius. MrHubby ckp hari2 org mati, apa nak heran...media je try to create havoc. sama la mcm kalau ada satu kes buang baby, maka suratkabo minggu tu even worst bulan tu hari2 front page kes buang baby. dulu aku ingat lagi masa kes ulor sawa. pergh...tulih tak ingat punya pasal ular sawa. even jumpa ular besor kelingking pun boleh masuk paper. 
Tapi, aku tak peduli issue ni tipu ka...apa ka... yang pasti aku dah kenselkan plan ke IKEA wiken ni. Hajat di hati nak usha brg sikit utk rumah tapi terpaksalah on hold dulu memandang darurat sekrg ni kan...Sorry la Sarah, Etty dan Shaba..tak dapat la kita nak berkumpul wiken ni seperti yg dirancangkan... aku takmo take the risk especially anak2 aku.. Insya Allah kalau ada rezeki kita jumpa masa konvo Etty a.k.a adik ipar aku kat Johor next week.
Rumah punya progress masih lagi slow ala ala penari makyong. Aku tak sabor nak tunggu setel semua pasal rumah ni sebab sungguh pening dan sungguh azab aku nak follow up tiap2 minggu. Ya Allah, permudahkan urusan kami..
 
Attached gambar terbaru rumah.


ba wau dal wau ha

bila banyak issue kat opis, mula la aku rasa nak berenti kerja. duduk rumah goyang kaki.. tapi bila pikir ujung bulan punya masyuk..rasa nak kerja 24 jam sehari 7 kali seminggu you. walaupun gaji ciput tapi rezeki jugak  kan.... lagila kalau deal dgn org2 bengong .. yg aku rasa geram nak hempuk2 kepala nya.  bos pulak wayar shot. tak faham apa  benda tapi lagak konon pakar. lepas tu, konon2 think out of the box...tapi sebenarnya dia bodo a.k.a bangang...benci!
 
pasal rumah, alhamdulillah, jumaat lepas dah setel satu bab dari 1001 hikayat pengubahsuai rumah. hihihihi. kami pasal partition dalam master bedroom utk jadikan walk in closet dan laundry room. teruja rasa nak pindah dan dan tu jugak....ok, cau dulu.
 
 

tak dan.tak sempat

Sejak sibuk manage renovation rumah, aku dah lama tak exercise jari dan mata. Aku rindu sama D60 aku yg koro tu. mmm.. aku rasa last sekali aku amik gambar dgn suka hati adalah masa besday Iman.. wahh.. makne nya dah hampir 3 bulan aku tak pegang D60 aku. aku rindu sama dia.. aku sebenarnya amat geram dengan si 35mm.. tapi poket sekrg adalah utk rumah, jadi 35mm kena q. ikut turn no! attaching one of my favourite ...
 
 
 

In progress...

 

MPV can..

This is what we call Multi purpose vehicle. Nabira rawks!
 

911

Mama called,satu-satunya makcik aku belah mak aku, tengah kritikal kat ICU, spital kuantan. Aku rushing balik hari Jumaat lepas sebab aku tak mo terkilan kemudian hari kalau apa2 jadi pada dia. Alhamdulillah, aku sempat tengok dia kat ICU walaupun dia tak sedar, tido all the time. Aku doakan dia cepat sembuh... update terbaru dari sepupu aku, makcik aku beransur sihat. Dia dah boleh bernafas sendiri..
 
Otw balik Kulim, aku singgah IKEA tengok barang2 rumah. Kebetulan IKEA on SALE!!! (time kasih Hitz.FM sebab bagitau aku IKEA buat sale...hahhahahah).. Update on rumah, semua renovation in progress. Contractor semua dah ada, downpayment pun dah bayar.. kerja2 pun dah start sikit2. Aku dan MrHubby dah beli brg2 yg perlu ...kipas la..lampu la..itu la ..ini la... phewwww.. duit keluar macam air.! tapi takpe, hati puas... Insya Allah, kalau takde aral melintang, aku plan nak pindah dalam bulan 12.... l

Rumah manis rumah

Aku dah engaged contractor utk wiring rumah baru. Last weekend banyak benda pasal renovation aku dah setelkan. Yang tinggal sekarang cuma plaster ceiling+cornice punya quotation. Aku tunggu mamat wiring tu siapkan. Sebelum ni dah try mintak quotation dengan ca ya nun alif, jadi nanti bolehlah buat comparison. Gril pun dah dpt quotation antara org kita dan ca ya nun alif. Dengan org kita murah 1000 dari harga ca ya nun alif. Of cource, pemenang dia yg murah kan!!.. tapi sebenonya aku takut nak buat dgn org kita. Aku takut hasil kerja tak berbaloi dgn duit yg keluar. Bukan aku nak merendah-rendahkan org kita kan, tapi banyak beno kisah 1001 malam pasal kontraktor org kita..Aku berdoa moga Allah permudahkan urusan aku.
Fuh, duit mengalir mcm air. kumpul duit kemain lama lagi, tapi nak habis sehari jek.... Ooo, sapa2 yg ada recommendation pasal plaster ceiling + cornice punya contractor, bagitau la eh!
Lagi satu, aku start nak let go perabut2 rumah yg lama. Yg mana masih elok tapi aku tak mo bawak ke rumah baru disebabkan tak masuk konsep...hahahha.. rumah aku takde konsep..takde masa aku nak pikir konsep2 ni... cuma aku nak rumah yg minimalist.. lapang dan tenang.... insya Allah...

Aku pakai apa.?

Hari ni aku pakai kebaya. Nasib baik hari tak hujan sebab sejarah membuktikan bila aku turun keter pakai kebaya atau baju kurung, maka hari yg cerah akan bertukar ke hari hujan. Bukan senang nak tengok aku pakai kebaya ye., sebab aku ni pemalas yg rabbi nak gosok baju. Lagipun, pakai kebaya=ayu=lenggang lenggok ala itik pulang petang. Aku tak mampu nak berlenggang mak limah time mai kerja sebab yg manjang lambat pagi2 adalah muko aku. Mesti muka aku, tak lain tak bukan mesti aku. Tu diaa..
Jadi, aku mengambil keputusan (skema ayat okeh!) jeans dan tshirt adalah paling praktikal. Aku leh pakai ngan sneakers atau pun kasut leper betanda rait (right) aku.. dan turun ja keter terus jalan tak toleh kiri kanan dah, dalam pala hotak aku, badge scanner machine tu perlu aku hit secepat mungkin. Sesaat amat bermakna. Sekian la saja citer pasal baju ek.
Hari ni rasa ada semangat sikit nak kerja . Semalam aku mabuk mengantuk rasa nak pengsan. Dahla boss aku EL semalam, rasa nak aje aku ikut jejak langkah dia. 2-3 kali aku peluk bantal scooby-doo aku... mata aku memang takleh nak bukak. Semuanya gara2 tidur lambat sebab melipat kain yg dah penuh satu katil. Adohai..mana la maid indon yg aku order dari 9 thn lepas, sampai sekrg tak datang2... aku rasa dia sesat tak pun tongkang dia habis minyak tengah laut nun. Apa aku merapik ni ek? Ok, dahla ye. aku takde idea dah ni.

Revenge of the Fallen

Kami dah beli tiket utk show hari Jumaat. really seriously shit can't wait!!! .berlambak toys kat rumah penangan Iman dan mrHubby yg gagal menahan nafsu karan transformer. Kami akan pi tengok beramai2 ..geng kulim a.k.a geng sakai a.k.a geng jakun dah book 2 rows of seat siap2 ...  Kerja gila jugak lagi sebab kami dah beli tshirt petronas yg murah itu untuk dipakai sedondon sekeluarga bila pi tgk wayang nanti ye, kami over.. kami akui tapi apa kami kisah org nak cakap apa kan. duit kami, kami punya suka..mrHubby gambo decepticon (sebab dia jahat) dan aku gambo autobot (sebab aku baik dan cun).. hahahhahhaa
 
Iman menten Bumblebee forever dan Dea terpaksa amik starscream sebab ada ciri2 gegirl sikit.. lambat gila masa berlalu..aku tak sabor ni nak ke gi tgk wayang..

Happy School Holiday!!!!

Yahoooooooo! Cuti sekolah datang lagi... cepat sungguh masa berlalu. Diam tk diam dah setengah tahun dah Dea kat Std 1. Ada setengah tahun lagi, anak daro den dah naik darjah duo. Bertambah tuo la den yg senantiaso mudo ni.. Apa plan ek? Dalam pala hotak aku ada macam2 plan.. tapi yg pasti, Ahad ni akan balik kg kat Johor nun,. takpe, bagi enjoy puas2 no! Esok dah hari Sabtu, plan nak bawak budak2 (mak budak yg lebih sebenonya) ke Botanical Garden, Penang. tengok monyet! kah kah kah..aku duduk utara ni dah masuk 9 thn dah.. sekali pun tak penah pi, jadi teringin la jugak aku nak pi kan...

Alhamdulillah, result exam Dea memuaskan hati. Risau sungguh aku memikirkan akal dia nak menjawab soalan hari tu... As a reward, aku belikan Hello Kitty bag, utk dia letak barang2 nak dibawak ke nursery.. sebab aku dah janji kan... beli yang murah2 je..janji dia suka. Iman pun seperti biasa dapat habuan jugak...Ultraman Tiga ke hapa nama benda alah tu.. yg pasar malam je...

rumah oh rumah

Rumah baru kami tengah kena repair dengan developer. Semalam pergi jenguk jugak. mostly yg minor2 punya defect depa dah rework. Pasal reno, dah panggey 2 org contractor utk buat quotation. Lepas ni kena compare & choose la nampaknya. Pening pale jugak. last wiken aku dah beli hood & hob tapi tunggu kitchen cabinet ready baru depa mai pasang kat rumah.
 
Err..Malam tadi terkeluar dari mulut MrHubby pasal rumah sewa kami sekrg. 9 thn lamanya kami duduk rumah ni.. dari berdua sampai berempat.. macam2 suka dan duka kami dah lalu yg pastinya make us a be a better person. MrHubby cakap sure kita sedih nak tinggalkan rumah ni nanti . terkedu kejap aku dengor gitu, sebab aku reserve the feel sampai last day nanti, trying to change the focus on the reno..kalau tak, aku tau aku akan emo terlebih. Even rumah ni comel aje, tapi kami suka dan selesa ..cuma bila anak2 dah makin membesar, dan bila kaum keluarga dan sahabat handai datang berkunjung, kami tak cukup tmpt nak accomodate everyone at the same time, sebab tu kami decided nak beli rumah yg lebih selesa.
 
Dea & Iman awal2 lagi cakap takmo pindah. Mungkin sebab depa dah biasa berkawan dgn anak2 jiran.. sama jugak mcm org tua mcm kita ni kan.. so, aku tak keluarkan la topik2 pindah kat diaorg..cuma tiap kali pergi rumah baru, aku bawak budak2 tu bagi biasa. Maybe bila dah cantik umah tu esok...siap dgn bilik diorg nanti, harapnya depa suka la.. tapi tak dinafikan, bila aku tengok balik rumah sekarang.. luaran, dalaman mmg ada sentimental value. Rumah ni aku laki bini yg menten sendiri.. kami takde maid sebab tu personal touch dia lebih sikit. Kami jaga rumah ni mcm rumah sendiri sebab kami nak keselesaan.. tapi life must goes on kan.. (kan dah start emo..ni yg maleh ni).. tak kan kita selamanya nak ditakuk lama. Ok enough said.. kang ada yg hujan lak. chiow!

Selamat Hari Ibu 2009

Selamat hari ibu buat mama aku, Che Wan Rahimah bt Che Wan Nara. 1000 words are not enough to express my appreciation to you. Terima kasih kerana mengandungkan aku, melahirkan dan membesarkan aku seperti aku hari ni. Esok aku akan call mama, mintak ampun dan maaf dari dia atas segala dosa aku yg buat dia berkecil hati. Aku tau kdg2 tanpa niat aku tinggikan suara kat dia.. tapi jauh di sudut hati, aku sayangkan dia lebih dari segala-galanya. Dia akan sentiasa di sisi aku suka dan duka..betapa mulianya hati seorg ibu. Cakap pasal ibu, aku rasa semua org yg merantau jauh akan rasa sayu dan terkilan.. patutnya bila ibu kita dah tua, kita luangkan lebih masa utk bersama diaorg..dengar suara hati dia... urut kaki dia..picit kepala dia.. tapi apakan daya..kita kena kerja cari rezeki dan terpaksa keluar dari rumah..

Soalan: Seorg ibu sanggup jaga 10 org anak, tapi sanggupkan 10 org anak menjaga ibu mereka bila ibu itu memerlukannya nanti?

Happy mothers' day to all mommy around the werld!!!

Gerak Khas The movie

Malam tadi, otw balik dari futsal, kami dah langgar sorang polis trakfik 'kurang cerdik'. Sebenonya kami dah nampak motor pulis tu dari jauh, dah tarik seat belt siap2 dan bawak keter pun dalam 30km/h. Hari pun hujan renyai2.. tiba2 aku nampak badan org tengah2 jalan. Aku menjerit bagitau MrHubby dan dia tekan emergency break (nasib baik anak2 kat car seat)..tapi pulis tu dah tergolek dog dah..melungsur dia atas jalan. Aku panik rasa nak tercabut kepala lutut. Tapi, yg lawaknya.. pulis yg kena langgar tadi tu, terus bingkas bangun dan pretend nothing happened to him. Dia dgn selamba pi jaga traffik on the other side tapi kawan dia pulak yg 'over acting'.. Masa MrHubby bukak pintu keter nak keluar, dia membebel cakap laki gua buta plek. Tapi serious, memang tak nampak kewujudan pulis tu tengah jalan tu even depa pakai reflective jacket tu.. Lastly, lepas puas mintak ampun zahir, kawan si pulis tu insist nak kami pi balai.

Sampai balai, ingatkan kena saman atau worst case masuk lokap (atau 'cages' per Dea & Iman's definition), tapi Alhamdulillah, MrHubby disekolahkan aje oleh pulis2 kat situ,..biasala tu, dah namanya pulis, eksen kena lebih (aku paham beno sebab bapak aku dulu pulis, hahhahaa.. eksen pulak anak bekas pulis)..

Moral of the story: Wahai pulis, kalau nak buat road block ka, nak berdiri even nak baring tengah jalan tu, pakai la kon ka, lampu signal kaler merah ka, letak signboard ka...... malang tak berbau. nasib kami drive @ 30km/h.. kalau laju tak ke arwah? (err.. keter wira tu pernah makan org dulu..so sgtla phobia dbuatnya tengok dia hit org like nobody business..).. pulis kat balai takleh buat apa2 sebab depa pun salah jugak kan..kami memang nampak motor pulis, tapi kami tak nampak kat mana yg namanya pulis.. habis camno???

p/s: Deyen tepon abah deyen malam tadi, tapi abah deyen suruh deyen rilek-rilek ajo...dio kato takdo apo-apo... rindu abah!

Obtained

Our house finally obtained an OC and we collected the key last week. Alhamdulillah, it is early than we expected. First thing first is house defect inspection. Tak sangka gini rasanya poning kepala nak masuk rumah sendiri. We have to consider left & right to make sure everything within the budget.
Phewww...rasa berat kepala siot. macam2 nak pikir.

Cerita camping

BBQ Time.
Besday 'Boy'
Our camp site
All the year besday boy
The cake, which supposed to be homemade
Our tent

Aku summarize je lah ek..This time around, kami camping dalam hujan. Hujan lebat gila jumaat malam sabtu tu.. sampai bocor khemah.. memang adventurous. Tengah sedap2 tido, aku rasa kepala aku basah, tu diaaa.. air dah masuk khemah ikut celah2 zip khemah tu.. kelam-kabut bangun.. mula2 cuba bertahan, tapi kul 6 pagi takleh tahan dah aku menadah air hujan dalam khemah..
MrHubby potong kek kat camp site. Dia awal2 dah warning tak mo tiup lilin..hehehe..

Dinner kami buat BBQ..sedap sungguh rasanya, maybe sebab kebulur kot.. Looking forward for the next camping..

Oh ya, salah sorang anak member kami kena jelly fish masa swimming. So, please be extra carefull when you swimming at any Penang beach .. Anak dara aku memang banned dah beach!

It's your special day


Happy besday Hubby. Semoga dipjgkan usia dan sentiasa di dalam rahmat Allah. Aku beli kek on the way ke camp site. Plan nk buat,tapi aku tido awal mlm tadi. Will update soon with camping stori-mori. I lurve u!